Sunday, May 31, 2009

taking a break again..

In conjuction with the school break, I'm taking a break too... Not going anywhere special. Just to KL to meet up with some friends and visit a dear friend who just had his right leg amputated due to diabetes... That's a real tragic la.. losing your leg at such a young age when you have a lot of things in front of you... Hope he's doing ok..
I'd better start packing now.. will be leaving in a few hours.. Adios!

Tuesday, May 26, 2009

kalau tak sedar juga, tak tahulah nak kata apa....

Tadi ada menerima email dari seorang teman.. Menarik! Sarat dengan kebenaran! Fikir-fikirkanlah....

Subjek: Kisah Benar Seorang Tan Sri

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka:-

Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama dua orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh...sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri: Eh... Mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri: .................................. (terkedu)

Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan.

Apa pendapat anda??

p/s: Sudah terang lagi bersuluh... Namun masih ramai Melayu yang tak sedar akan hak hakiki mereka... Sudahlah ketinggalan dari segi ekonomi dan pendidikan.. Satu-satunya peninggalan arwah nenek moyang (hak-hak istimewa org melayu) pun nak dijualnya kepada bangsa lain... Bukan bersikap perkauman, cuma tidak mahu dimasa akan datang Melayu hanya gah pada nama (MALAYsia) tapi akhirnya merempat di bumi sendiri... Pengalaman berada di Papua New Guinea sudah cukup mengajarku untuk memastikan agar bangsaku terus menjadi Tuan di bumi MALAYsia ini.. Jangan pula kita menyesal di kemudian hari...

Saturday, May 23, 2009

syukur alhamdulillah

Zambry kekal Menteri Besar Perak

PUTRAJAYA 22 Mei - Mahkamah Rayuan hari ini mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Keputusan itu dibuat selepas panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Md. Raus Shariff berpuas hati bahawa Sultan Perak betul ketika melantik Zambry menggantikan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 6 Februari lalu.

Syukur Alhamdulillah.... Semoga Perak terus makmur selepas ini.. Apa-apapun, Barisan Nasional perlu mengambil ikhtibar dengan apa yang berlaku dan perlu terus merapati rakyat serta memahami kehendak mereka...

All the best to Dato' Seri Dr. Zambry, Barisan Nasional dan UMNO.


Sunday, May 17, 2009

Uniknya Perak

Semua bertanya, "apa dah jadi dengan Perak ?". Baik kawan2 dalam Perak sendiri mahupun kawan2 di luar Perak semuanya mahukan jawapan pada soalan tadi. Senario politik di Perak memang mendapat perhatian semua pihak. Kalau orang luar keliru, kami orang2 perak lagikan pula... Sejak PRU12, memamg glamer menjadi orang Perak... ahaks! ;D
Jawapan aku bagi soalan tadi tu senang je... Perak ni unik. Semua yang luar biasa dan penting berlaku di Perak.
a) Siapa yang berani bunuh orang putih (JWW Birch) waktu tengah mandi masa penjajahan british? Orang Perak
b) Siapa yang mewarisi Kesultanan Melaka setelah kejatuhannya akibat pencerobohan Portugis? Orang Perak
c) Di manakah timah mula2 dijumpai? Perak
d) Dimanakah getah mula2 ditanam? Perak
e) Dimanakah jalan keretapi mula2 di bina? Perak
Itu cumalah sebahagiannya. Jadi.. tak hairanlah kalau..
a) negeri manakah yang ada DUA Menteri Besar? Perak
b) negeri manakah yang ada DUA speaker DUN? Perak (Nizar masih anggap Sivakumar sebagai speaker)
c) negeri manakah yang mempunyai DUA ketua pentadbir kampung? Perak (JKKK dan JKKP)
d) Sultan manakah yang dicalar kedaulatannya dan cuba dibawa ke mahkamah oleh Karpal Karam Singh? Sultan Perak
e) Negeri manakah berlaku rusuhan samseng2 jalanan sehingga ada yang sanggup tidur terbaring atas jalan depan Istana pulak tu..? Perak
itu just to name a few la kan....
So, kerana uniknya Perak dari dulu sampai sekarang, maka orang Perak tak perlulah pusing2 kepala dan stress fikir pasal ni... Perak memang tempat sejarah dicipta.. chewah!!! hehe...
Melalui undang-undang, Kerajaan Perak dapat kepada Pakatan Rakyat. Kerana undang-undang juga Barisan Nasional mendapat semula menjadi kerajaan di Perak. Dan kerana undang-undang juga Nizar mendapat semula menjadi Menteri Besar. Namun kerana prosedur undang-undang juga Zambry kekal di kerusi Menteri Besar sehingga hari ini. Insyaallah kerana undang-undang juga segala kekalutan akan berakhir tak lama lagi... Doa aku adalah kepada Barisan Nasional.. ;D
Ramai yang takut dan mengatakan Perak huru hara kerana apa yang berlaku pada persidangan DUN yang lalu. Bagi aku, baik huru hara dalam dewan, jangan huru hara atas jalanan macam di Thailand. Sehingga kini kehidupan di Perak tetap berjalan seperti biasa.. Alhamdulillah....

Saturday, May 9, 2009

:(


Tomorrow is Mom's day but my mom is not feeling well... It's been 5 days now.. I really hope she'll get better soon. :(

Nevertheless, HAPPY MOTHER'S DAY Mak!

Sunday, May 3, 2009

K.E.R.J.A

Selepas hujung minggu yang panjang (err... 3 hari tu panjang ke?), esok semua kembali bekerja... Kembali ke dunia yang penuh dengan meetings, paper work, emailing, calling, faxing, short lunch break, rushing here and there meeting the deadline and what not. Apa boleh buat.. semua nak cari makan kan? Kalau tidak, sape nak bayar bil letrik, bil telefon, sewa rumah and all kinds of bills. Sape nak belikan new shoes, clothes, make-up and the list goes on and on. Paling penting, kalau tak kerja, takut miss shoru! tak ke naya? So, kepada semua yang akan balik ke ofis esok, this song here is for you... ( It is actually one of my favourite songs by MUH) ;D

MEET UNCLE HUSSAIN - La La La Kerjalah
La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La La La La La Laaa…
La Laaa… La Laaa…

Ooh! Pening kepala
Memikirkan tak ada kerja
Tanam Anggur
Sijil diploma
Ah! Gantung didinding saja

Ooh! Lega rasanya
Jawat kerja pegawai pemasaran
Di Pertama
Rupa, oh! Rupanya
Kerja am sajaaa!

La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!
La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!

Ooh! Terpinga-pinga
Tak puas lagi beradu, mengantuk
Subuh hingga senja
Ah! Hari-hari sama saja

Ah! Nak bancuh kopi
Tapi gulanya tiada, minum saja
Kerja bagai nak gila
Ah! Tak juga kayaaa!

La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!
La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!

Gelisah, kugelisah
Mengenangkan masa depan
Kuharus kerja
Oh! Mesti kerja
Tiada apa yang percuma
Realiti tika tiada kerja
Oh! Papa kedanaaa!

La La La Laaa… La, hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!
La La La Laaa… Hari-hari kerja!
La La La Laaa… Bosan dengan kerja, haha!
La La La Laaa… La, hidup harus kerja, kerja!
La La La Laaa La La…La La La Laaa La La…La La La Laa La La…