Sunday, May 17, 2009

Uniknya Perak

Semua bertanya, "apa dah jadi dengan Perak ?". Baik kawan2 dalam Perak sendiri mahupun kawan2 di luar Perak semuanya mahukan jawapan pada soalan tadi. Senario politik di Perak memang mendapat perhatian semua pihak. Kalau orang luar keliru, kami orang2 perak lagikan pula... Sejak PRU12, memamg glamer menjadi orang Perak... ahaks! ;D
Jawapan aku bagi soalan tadi tu senang je... Perak ni unik. Semua yang luar biasa dan penting berlaku di Perak.
a) Siapa yang berani bunuh orang putih (JWW Birch) waktu tengah mandi masa penjajahan british? Orang Perak
b) Siapa yang mewarisi Kesultanan Melaka setelah kejatuhannya akibat pencerobohan Portugis? Orang Perak
c) Di manakah timah mula2 dijumpai? Perak
d) Dimanakah getah mula2 ditanam? Perak
e) Dimanakah jalan keretapi mula2 di bina? Perak
Itu cumalah sebahagiannya. Jadi.. tak hairanlah kalau..
a) negeri manakah yang ada DUA Menteri Besar? Perak
b) negeri manakah yang ada DUA speaker DUN? Perak (Nizar masih anggap Sivakumar sebagai speaker)
c) negeri manakah yang mempunyai DUA ketua pentadbir kampung? Perak (JKKK dan JKKP)
d) Sultan manakah yang dicalar kedaulatannya dan cuba dibawa ke mahkamah oleh Karpal Karam Singh? Sultan Perak
e) Negeri manakah berlaku rusuhan samseng2 jalanan sehingga ada yang sanggup tidur terbaring atas jalan depan Istana pulak tu..? Perak
itu just to name a few la kan....
So, kerana uniknya Perak dari dulu sampai sekarang, maka orang Perak tak perlulah pusing2 kepala dan stress fikir pasal ni... Perak memang tempat sejarah dicipta.. chewah!!! hehe...
Melalui undang-undang, Kerajaan Perak dapat kepada Pakatan Rakyat. Kerana undang-undang juga Barisan Nasional mendapat semula menjadi kerajaan di Perak. Dan kerana undang-undang juga Nizar mendapat semula menjadi Menteri Besar. Namun kerana prosedur undang-undang juga Zambry kekal di kerusi Menteri Besar sehingga hari ini. Insyaallah kerana undang-undang juga segala kekalutan akan berakhir tak lama lagi... Doa aku adalah kepada Barisan Nasional.. ;D
Ramai yang takut dan mengatakan Perak huru hara kerana apa yang berlaku pada persidangan DUN yang lalu. Bagi aku, baik huru hara dalam dewan, jangan huru hara atas jalanan macam di Thailand. Sehingga kini kehidupan di Perak tetap berjalan seperti biasa.. Alhamdulillah....

No comments: