Saturday, October 3, 2009

Dugaan di bulan Syawal....

Tak faham la..... Mengapa sesetengah orang tu, bila sudah dibantu, masih tak sedar diuntung? bukan sekali bantuan yang diberikan, malahan berkali-kali dari setiap segi! Kita cuba bantu dari setiap sumber yang kita tahu, malahan duit poket sendiri pun kita keluarkan agar keluarga yang kurang berkemampuan itu dapat makan sesuap nasi dan anak2 dapat ke sekolah.. Tup! Tup! Kita dikatakan memaksa mereka menerima bantuan tersebut? Kita pulak dikatakan tidak prihatin? Kita pula dituduh tidak memahami keperluan mereka? Sedih... kecewa... fed up... itulah yang aku rasa sekarang...

Kalau setakat bual mulut sahaja, aku boleh diamkan saja... tapi ini dah diwar-warkan dalam akhbar tempatan!!! Bukan nak mengungkit, tapi seingat aku sejak 5 tahun yang lalu, setiap kali raya, aku dan kawan2 berikan bantuan samada dari segi wang ringgit mahupun barangan keperluan. Malahan apabila anak sulungnya hendak mengambung pelajaran ke luar negara tahun lalu, aku dan kawan2 turut memberi bantuan kewangan.. Mungkin tak banyak, tetapi pasti dapat meringankan beban. Tahun ini pula, 2 orang anaknya diberikan bantuan pendidikan iaitu duit tunai untuk membayar yuran persekolahan. Untuk raya kali ini, rumahnya dicat oleh aku dan kawan2 dan sofa baru kami berikan. Separuh hari aku pergi dari sebuah kedai ke sebuah kedai perabot. Duit yang diperuntukan tak banyak, namun kerana ingin merealisasikan impian keluarga ini aku cari juga sofa yang baru, terkini tetapi mampu milik. Kerana bajet tak banyak, aku memohon kawan2 untuk menyumbangkan barangan 2nd hand yang masih baik. Hasilnya, aku dan kawan2 dapat mengumpulkan langsir yang memang cantik dan 2 helai karpet yang sedondon dengan warna sofa tersebut. Mereka kelihatan gembira apabila mendapat barangan tersebut. Aku dan kawan2 dua kali ganda gembiranya. Namun kerana kesuntukan masa, kami cuma dapat cat di bahagian depan rumah dahulu. Niat di hati, selepas raya, akan disambung semula. Baru seminggu berlalu selepas cuti raya.. Aku baru saja nak 'set time' dengan tukang cat untuk teruskan kerja2 mengecat. Tetapi kerana aku terpaksa berkursus di pantai, terpaksa dipostponekan. Tiba2 sudah keluar di dada akhbar tempatan yang aku dan kawan2 telah mengeksploitasikan keluarga ini untuk kepentingan sendiri!!! Adil ke? Patut ke? Ikut hati, hendak saja aku pergi ke rumah family itu dan bagi sepatah dua kata... Ikut emosi, nak saja tarik balik bantuan yang diberi... Ikut amarah, nak saja berhentikan bantuan selepas ini.. Tapi, bila teringatkan anak2 yang masih bersekolah itu, langkah terus jadi kaku... Memang ingin bersemuka dengan family itu, tapi aku perlu kekuatan.. aku takut didepan mereka akan berderai air mata ini... Tunggulah sahari dua lagi...

Namun kepada Allah yang maha Esa, aku berdoa, janganlah rasa kecewa ini membantutkan hasrat aku untuk membantu mereka yang memerlukan... Janganlah peristiwa ini menghalang aku untuk terus berbakti sedaya mungkin... Aku perlu tabah.. Namun hati ini memang terhiris dan menangis sendiri...

No comments: