Saturday, August 1, 2009

kebodohan yang nyata...

Hari ni ada demonstrasi pasal ISA kat KL... Yang anti ISA (pihak pembangkang - PAS, DAP, PKR) berkumpul di depan SOGO.. Yang pro ISA (NGO) berkumpul di area Central Market... Aku tak sokong mana-mana pun.. Aku tak pernah membaca buku atau risalah atau pape, yang menerangkan apa sebenarnya ISA... Aku cuma tahu ISA diwujudkan untuk memastikan keselamatan negara. ISA menahan mereka yang didapati boleh mengancam kemanan dan keselamatan negara. Aku pasti kebanyakan mereka yang menyertai demo anti ISA pun macam aku juga.. Mereka tak memahami apa-apa selain apa yang diberitahu kepada mereka.. Mereka disuapkn dengan provokasi, cerita yang tidak benar dan fakta yang telah ditunggang terbalikkan.. Bak kata seorang blogger "kita memang malas membaca...hanya mengikut...ikut pun tak tahu apa yang diikut..orang berteriak, kita berteriak, orang melompat, kita melompat tapi tak sedar seluar terlondeh, orang ketawakan kita,tapi kita terus melompat..."
Mereka memanupulasi dan dimanipulasi. Hasilnya? Demo jalanan, huru hara, gas pemedih mata, lebih ramai yang ditangkap dan ditahan pihak berkuasa. Kesannya? Menggugat ekonomi negara, menggugat keharmonian bangsa, menjadikan Malaysia sama je dengan Thailand dan Indonesia dan negara haru biru yang lain!

Dengan sedikit pengetahuan umum yang aku ada pasal ISA, aku percaya ianya patut diteruskan, namun mungkin perlaksaaannya perlu digubal balik. Walaupun kita ada undang-undang negara tetapi secara realitinya kadang-kadang kita tak boleh bergantung sepenuhnya kepada undang-undang tersebut.. Adakalanya kita terpaksa melakukan sesuatu dengan undang-undang kita sendiri asalkan kita ada valid reason for it.. Seorang kawan yang juga seorang peguam menulis "ISA bukan sahaja untuk keselamatan dalam negeri sahaja tetapi ISA boleh menyelamatkan org kita yang sedang dalam buruan pihak luar negeri. Contohnya, ISA telah menyelamatkan Nik Abduh daripada di Guatanamo kan oleh CIA jahannam" Sebab tu la ISA diwujudkan pada pahaman aku... Tapi, mungkin caranya ada kalanya nampak tak kena dan ianya memberikan persepsi buruk kepada kerajaan memerintah.. Seperti pendapat seorang blogger "sedikit arak/wine adalah baik utk kesihatan tetapi sifat manusia yang pelupa dan tamak, maka arak telah disalahgunakan, maka ianya diharamkan oleh allah swt. begitu juga ISA yg asalnya untuk menyekat dan menghapuskan pengaruh komunis telah disalahgunakan dan berlaku penyelewengan" Sebab itulah aku rasa ianya patut digubal semula dan dimurnikan.

Walau apapun, aku memang tak setuju kaedah demo jalanan digunakan. Ianya langsung tidak memberi jalan penyelesaian. Aku tak faham kenapa para pengdemo ni tidak berjumpa sahaja dengan pemimpin atasan, duduk berbincang dan memberikan cadangan-cadangan bernas untuk meleraikan kemelut ISA ini... Kenapa mereka tidak boleh menjadi rasional dan profesional? Mengapa mesti menggunakan emosi dan bertindak bodoh? Tapi tahu tak apa yang lebih bodoh dan mengecewakan? Seperti kata seorang temanku "yang paling menyedihkan ialah...yang bersusah payah berdemo nanti..majoritinya org2 melayu dan yang bakal mendapat faedah daripada jika ISA dihapuskan ialah majoritinya pelampau-pelampau Cina dan India (termasuklah segelintir kecil melayu) contohnya hindraf dll...sekali lagi org2 melayu diperalat..." Bangsaku DIPERALATKAN! Dan mereka langsung tidak menyedarinya! Itulah yang paling mengecewakan.. :(

2 comments:

anggun99 said...

setuju/x setuju pasal ISA is a different story.. sampai buat demo/ kecoh.. mmg menyusahkan diri sendiri dan org lain..

paling menyedihkan bila ramai pelajar yg terlibat.. sibuk konon nak jaga kebajikan org ramai.. tapi kebajikan (masa depan) sendiri tak fikir.. sigh..

Oren said...

setuju imah... ramai anak2 muda kita yg terlalu mengikut perasaan atau terlalu mengikut telunjuk orang... tak boleh berfikir untuk kebaikan diri sendiri.. lets hope no more unneccesaary riots in msia..