Sunday, June 21, 2009

Al fatihah..

Sebentar tadi baru je terima panggilan telefon dari seorang sahabat.. Abahnya yang menderita barah hati akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.50 petang. Pakcik Z dah 2-3 bulan terlantar di atas katil... 3-4 kali juga aku melawatnya.. Setiap kali pun menitis air mata melihat keadaannya yang semakin teruk saban hari.. Kali terakhir melawatnya perutnya dah semakin kembung kerana hati yang bengkak.. mata dan seluruh badan dah bertukar warna kuning.. Kepada sahabat aku tu, aku bisikkan kepadanya supaya bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, kerana melihatkan keadaannya aku tau, dah tak lama dah untuk dia pergi menemui penciptanya. Senang diucapkan dengan kata-kata, tetapi yang menanggungnya saja yang tahu kesedihan menyedari masa yang ada semakin berlalu pergi..

Pakcik Z aku anggap macam bapa aku sendiri.. Dia banyak membantu dan menyokong aku dan kawan-kawan dalam kerja amal kami. Dia seorang yang ceria dan selalu berjenaka. Seorang yang sangat disenangi dan sentiasa tersenyum. Kerana itu kehilangannya dirasai dan diratapi. Namun daripada dia terus menderita sakit, adalah baik dihentikan kesengsaraannya. Mungkin itulah yang terbaik untuk Pakcik Z.

Sahabat aku ini sangat rapat dan manja dengan abahnya ini. Selalu nyanyi karaoke di rumah bersama.. selalu dia mengikut abahnya ke kenduri-kenduri kawin sebab abahnya ada buat bisnes PA system dan karaoke kecil-kecilan. Memang susah untuk dia berpisah dengan abahnya. Berat mata memandang, berat lagi mata memikul. Tambahan pula abahnya pergi pada Hari Bapa Sedunia. Memang tragis. Aku doakan roh allahyarham Pakcik Z dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Aku doakan sahabat aku ni dan ahli keluarganya dapat mengharungi hari-hari muka dengan penuh ketabahan da kekuatan. Aku doakan yang terbaik untuk semua. Amin.

To my Dad:

Happy Birthday Abah... Nothing compares to you... Love you heaps!!!

No comments: